Tips Sihat



AMALAN PEMAKANAN IKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W
Tip-tip yang dapat saya berikan adalah dari segi cara pemakanan dan amalan mengikut cara Rasulullah s.a.w :

1. JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari dalam makanan yang kita makan setiap hari, kita tak boleh makan sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya pelbagai penyakit yang dating seperti penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Dengan ini marilah kita bersama-sama menyebarkan maklumat ini kepada orang lain sebagai pengetahuan kepada mereka.
Ini merupakan diet Rasullulah SAW menurut Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karana pandai menjaga makanannya setiap hari. Insya Allah kalau kita mengikuti diet Rasullullah ini, kita takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL

2. CARA MAKAN

Dulu kita selalunya makan buah selepas makan tetapi menurut sains kita tidak boleh makan buah selepas makan sebaliknya kita hendaklah makan buah terlebih dahulu sebelum makan. Selain itu kita jangan sesekali tinggal makan malam, ini kerana sesiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia iaitu cepat tua dan kolesterol dalam badan akan berganda.
Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandungi ion+ sedangkan dalam ikan mengandungi ion-, dalam pemakanan kita terdapat ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
 
3. AMALAN - AMALAN
  •  Mandi pagi sebelum subuh sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh menyaksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tidak seberapa gemuk. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.
  •  Rasulullah mengamalkan minum segelas air suam setiap pagi kerana ia dapat mejauhi dari penyakit.
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan cara bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
  •  Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)
  • Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing boleh menyebabkan penyakit batu karang.
  • Nabi juga melarang meniup air yg panas. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yang menyebabkan penyakit jantung dan masalah perut tidak selesa.
  • Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.

Dengan ini saya berharap anda dapat mengikuti dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian anda. SELAMAT MENCUBA!!!! Wassalam….

No comments:

Post a Comment