Menu Sihat

Mukadimah.....

Bagi yang ingin menguruskan badan terdapat banyak cara corak pemakanan yang boleh anda ikuti tetapi bukan dengan cara tidak makan seharian ataupun mengurangkan cara pemakanan. Jika anda tidak makan seharian ia boleh mengundang pelbagai penyakit yang kita tidak sangkakan. Mengikut cara Nabi Muhammad Saw, kita perlu makan pada waktu pagi dan waktu petang (makan malam)…..

Kelebihan berat badan, seringkali membuat malu penampilan Anda.  Mungkin makanan berikut dapat menurunkan berat badan Anda secara sehat. Berikut adalah makanan penurun berat badan.

Epal


Epal mempunyai kandungan kalori, lemak, dan juga natrium yang lumayan rendah, namun kaya dengan serat, vitamin, dan juga mineral. Nutrisi yang terkadung dalam epal dapat membantu Anda menurunkan berat badan tubuh dalam berbagai cara. Serat yang dimiliki oleh epal akan membuat Anda kenyang lebih tahan lama sehingga membantu mengendalikan nafsu makan Anda.

Brokoli

Brokoli adalah sayuran yang kaya akan serat yang cukup tinggi sehingga sangat baik untuk mencegah penyakit sembelit, membuat perut menjadi kenyang lebih lama dan membantu mengeluarkan kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Bagi Anda yang sedang menderita penyakit anemia, brokoli juga cock untuk menambah darah merah karena brokoli mengandung banyak zat besi.

Gandum

Gandum dapat bermanfaat mengurangi lemak yang tersembunyi dalam perut yang bisa memicu penyakit hati. Gandum utuh merupakan salah satu sumber serat terbaik dan dapat membuat perut kenyang yang tahan lebih lama dibandingkan dengan gandum olahan.

RESEPI-RESEPI :



1)Mufin Mil Penuh Pisang Coklat Bersama Kacang Walnut
                                                                     
Penyediaan & Masa Memasak:60 minit
Hidangan:12 mufin
Kandungan Nutrien (setiap mufin)
Kalori: 226kcal
Karbohidrat:25g
Protein: 4g
Lemak: 12g

Bahan-bahan: 
6 bijiPisang Emas yang masak, dilenyak 
125g Mentega tanpa garam, dilembutkan 
2 biji (sederhana)Telur, dipukul 
100gGula perang 130gTepung gandum 
70gTepung mil penuh 
1 sudu tehSerbuk penaik 
1 sudu tehSoda penaik 
30gSerbuk koko 
50mlSusu rendah lemak 
50gKacang walnut, dicincang 
30gKismis (pilihan) 
1 sudu tehEkstrak vanilla (pilihan)



Cara Penyediaan:
1.Ayak bersama, tepung gandum, tepung mil penuh, serbuk penaik, soda penaik dan serbuk koko.
2.Dalam mangkuk adunan, pukul mentega dan gula sehingga kembang dan ringan. 3.Kemudian masukkan telur, pisang lenyek, susu dan esen vanilla (jika mahu) dan pukul lagi.
4.Guna sudu logam besar atau spatula getah untuk menggaulkan campuran tepung, kacang walnut dan kismis (jika mahu) sehingga rata.
5.Tuangkan adunan ke dalam acuan mufin yang dilapis dengan kertas acuan sehingga dua per tiga penuh. Taburkan kacang walnut cincang tambahan dan kismis jika mahu. 6.Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 180°C selama 20 minit atau sehingga lidi yang dicucukkan di tengah-tengah mufin keluar bersih.



2)Tauhu 5-Rempah

       
Hidangan:4 hidangan                                                             
Kandungan Nutrien(Setiap Hidangan)
Tenaga: 95kcal
Karbohidrat:4g
Protein: 6g

Bahan-bahan:
 40gSerbuk 5 rempah
 1 bijiLada benggala (Hijau, kuning atau merah), dipotong dadu
 2 ulasBawang putih, dipotong halus
 300gTauhu putih, dipotong dadu
 100gKacang buncis, dipotong dadu
 2 kepingCendawan kering, direndam dan dipotong dadu
 1 sudu besarMinyak zaitun
 ⅓ cawanAir
 Daun bawang, dipotong halus untuk hiasan
 Garam secukup rasa



Cara Penyediaan:
1.       Dalam kuali, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga keperangan.
2.       Masukkan cendawan, kacang buncis dan lada benggala; tumiskan sehingga sayur masak.
3.       Tuangkan ⅓ cawan air ke dalam kuali, masukkan serbuk 5-rempah dan tauhu. Taburkan garam secukup rasa. Kecilkan api dan renihkan sehingga kuah menjadi pekat.
4.       Hiaskan dengan daun bawang dan hidangkan bersama nasi.
 




3)Salad Buah


Fruit Salad          
Masa Penyediaan dan Memasak:20 minit
Hidangan:6 orang
Kandungan Nutrien:(Setiap satu hidangan)
Tenaga: :116kcal
Karbohidrat::19g
Protein: :6g
Lemak: :1.8g

Bahan-bahan A:
 150mljus oren
 3 sudu tehjus lemon
 2 sudu tehgula
 1 sudu tehperasa
                                 
Bahan-bahan B:
 1 ½ cawanbetik susu, dipotong dadu
 1mangga sederhana, dipotong dadu
 1 cawannata de coco
 ½ cawankacang merah, masak
 ½ cawantembikai, kiub
 ½ cawananggur, dipotong setengah



Cara Penyediaan:
1.       Campurkan bahan-bahan A sebati dalam satu mangkuk dan diletakkan di sebelah.
2.       Campurkan semua bahan B dan tambahkan sos, campurkan sebati.
3.       Siap untuk dihidangkan.
 



 

No comments:

Post a Comment